Semlm gua lepak mkn kat uptown sama kekaseh gua....teringat ms uptown mula2 happening dulu.....
Tahun : sekitar 1998-99
Lokasi : Uptown Damansara
Time : Malam
Uptown sebelum nie port mkn nasi lemak panas2 pd waktu mlm. Gerai2 pun tepi jalan, tepi longkang yg penuh dgn tikus bapak besar, dan gerai2 ni memanjang depan balai polis. Mmg sempoi la port nie dulu. Mak bapak gua selalu gak bwk gua masa gua umur darjah-darjah dulu mkn kat situ. Pastu g pasaraya FAJAR (gua rs mcm dah takdak je pasarya nie kat situ) beli buah anggur dgn air oren. Msa tu medan selera yg luorg duk g mkn skg nie blom ada lagi. Tanah lapang je tgh2 tu. Tmpat parking gua rasa.....
Tahun 1998 gua form 4, dan gua baru balik dari U.S. (coz follow bapak further study kat sana) mula meliar dikawasan2 yg happening di Lembah Kelang ni. Salah satu port baru yg bdk2 lepak dulu ialah Medan Selera Uptown. Masa tu sape ada Telepon Tangan dah kira grand beb...masa tu Motorola startek (yg flip tu), dgn nokia besar gabak baling kat anjing bule cacat anjing tu, model2 yg terdapat di pasaran. Berbekal dengan rokok dunhill 20 dan telepon tangan di atas meja, dan segelah teh tarik besar....dah kira stylo dah masa tu..ada lak awek pakai seluar pendek lepak sekali (awek cinta munkey...)
Masa tu aktiviti2 bdk2 underground baik dari genre hardcore, straight edge, skaters, hip hop dan lain2 selalu edar flyer kat uptown nie mencanang-canangkan aktiviti2 diaorg, gigs ke, skate comp ke, break dance comp ke, mcm2la....agak meriah duhh masa tu...
Kegiatan menjual vcd tak halal pun mula menular di kaki tangga uptown nie. Budaya vcd nie telah mencetuskan revolusi penjualan barang2 di jalan dpan uptown dari t-shirt, seluar, kasut dan akhirnye menjadi satu suasana yg meriah mcm pasar malam. Maka....penuhla jalan dpn uptown nie dgn penjual2 dgn barang jualan mereka mencari rezeki di mlm hari (sebab benda ni illegal...tarak lesen MPPJ...suma bukak gerai diaorng kul 12 ke atas....)
Skg dah tarak org jual2 barang kat kaki tangga uptown nie. skg cuma ada orang buta jual tisu pakai jam rolex je duduk tepi tembok medan selera mknan tu..................