Wednesday, April 15, 2009

Pau ke-7

Tersebutla al-kesahnye pada suatu masa dulu di kaki gunung ledang terdapat la satu famili yg consists of 3 anak beranak, ayah, emak dan anak lelaki mereka si labu. Manja nye si labu nie kerna tiada adik beradik lain menyebabkan dia membesar menjadi seorang remaja yg mlas dan lembap.

Maka, emaknye berbincangla dgn ayahnye untuk menyelesaikan masalah si labu yg kronik tahap gaban. Ini kerna si labu nie takdala keje lain selain berbaring di ambin luar rumahnye sambil bermain dengan burung peliharaan nye. Setelah perbincangan, dan pengudian of "no-confidence", emak dan ayah si labu ini telah mengrahkan si labu supaya pergi ke punchak gunung ledang untk berguru dgn to guru yg terkenal dan sedang bertapa di punchak sana. Walaupun si labu pada mula nye memberontak dan mengugut untuk melakukan demonstasi jalanan di sekitar kampung, akhirnye beliau mengalah dan bersetuju untk pergi mendaki gunung tersebut dan belajar dari tok guru tersebut.

Bersiap2siaplah emaknye si labu menyediakan pakaian, dan barang2 keperluan si labu seperti minyak cap kapak, deoderant dashing, minyak rambut tancho dan berus gigi. Sebelum si labu memulakan perjalanan tersebut, emaknye telah menyediakan 7 biji pau buat bekalan si labu sepanjang perjalanan beliau. Dibungkuskan pau tersebut dengan menggunakan kertas dan diletakan nombor disetiap pau tersebut.

Maka berkatala emaknye:
'ada 7 perhentian sepanjang ke punchak gunung tu. Di setiap perhentian kau mkn la pau mengikut numbor yg mak dah tulis nie. Contohye; perhentian pertama, ko makn pau yg ada tulis nombor 1. Perhentian kedua, ko mkn pau yg ada tulis nombor 2 dan seterusnye..Paham?'

"paham mak" jwb si labu.

Setelah bersalman dan berpelukan, jalanla si labu nie menuju ke punchak gunung tersebut dengan hati yg berat kerna tak dapat main dengan burung kesayanganye. Tiba di perhentian pertama, si labu pun berhenti lalu mengeluarkan bekalan pau yg emaknye sediakan.

'Perhentian pertama, pau nombor 1' si labu berkata kpd dirinye. Settle pau tersebut, si labu masih lg merasa lapar. 'takpela, aku mkn je pau numbor 2 ni, nnt dah tiba perhentian ke-2 aku takyah mkn smpai hentian ke-3' pikir si labu. Maka, mknla si labu pau kedua nye.

Setelah settle pau no. 2 tu si labu baring smabil merilekan dirinye lalu tertidur. Apabila beliau terjaga, metahari telah mencanak di atas kepala nye. Lalu si labu berkata kpd dirinye 'iskh dah teganhari nie...lpar la pulak. Xpe, aku mkn pau numbor 3 dan 4 ni dulu, mesti bule tahan samapai perhentian ke-5 jap lg' Dek kerna si labu nie mempunyai nafsu mkn yg amat kuat, beliau merasakan bahawa 2 pau tak cukup untk mendefinasikan bahawa beliau telah "have lunch", so, beliau telah memakan lagi pau no. 5 dan 6. Setelah memakan 4 biji pau untk lunch, si labu pun lagi sekali berbaring dan tertidur di bawah pokok sambil ditiup angin sepoi2 bahasa.

Apabila si labu terjaga lagi sekali, hari sudah hampir senja dan si labu pun berkemas untk meneruskan perjalanye ke punchak gunung ledang tersebut. Setelah mengambil selangkah kehadapan, si labu teringat bahawa dia masih mempunyai pau no.7 dan dia masih lg terasa lapar. Maka, si labu pun makan pau tersebut. Setelah hbis pau tersbut barula si labu terasa kenyang. Walaubagaimanpun beliau realize dat dia dah mkn semua pau maknye dan dia masih lagi kat perhentian petama. maka berjalan pulangla si labu ke rumahnye kerana beliau amat yakin bahawa beliau takkan dapat sampai ke punchak tanpa bekalan makan.

Setibanye di rumah maknye sound si labu:
"Eh? pesal ko balik lak nie? mustahil ko bule tiba puchak dan turun balik dalam masa 12 jam"

"Mak ninye salahla. Kalau pau mak tu letak no. 7 suma mesti aku dah kenyang makan satu je pau tu. Ni aku mkn pau 1-6 tak kenyang2. Mkn pau no.7 baru btl2 kenyang. Hentian pertama aku dah terpaksa mkn suma sekali pau tu."

Mak si labu terduduk sambil meletakkan ke-2-2 tangan nye ke atas kepala tanda sedey sambil melihat si labu berbaring di atas ambin bermain dengan burung peliharaanye.......


No comments:

Post a Comment